Sunday, July 25, 2010

urang kampung

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - KKLW merupakan satu-satunya Kementerian yang khusus untuk pembangunan luar bandar atau kampung-kampung. Pelbagai peranan dan fungsi pihak kementerian bagi memajukan kampung melalui pendekatan holistik atau menyeluroh. Dari kanak-kanak berumur 5 tahun telah pun terbabit dalam program KKLW iaitu menyertai kelas Tabika - Tabika Bimbingan KEMAS dan hinggalah menjadi tokoh Usahawan.1Malaysia bermula dari 1Wilayah merupakan slogan KKLW yang menterjemahkan seluroh fungsi dan peranan kementerian. 1Wilayah menyatakan terdapat 4 wilayah dalam Malaysia iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat ini secara langsung menyatakan secara jelas dekatnya kementerian dengan seluroh warga kampung yang diterjemahkan dengan jenama Kampungku.
YB Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal menerajui KKLW bagaikan 'sireh pulang kegagap' baginya kampung paling dekat dihatinya. Bagi menentukan dasar-dasar penting kementerian, beliau lebih suka mendapat 'feedback' atau maklumbalas dari kumpulan sasar dan orang-orang kampung banyak mempengaruhinya bagi menentukan langkah-langkah atau dikenali sebagai Teras-teras yang di laksanakan oleh KKLW.
Teras 1 - Pembangunan Prasarana dan Ameniti Sosial, Teras 2 - Pembasmian Kemiskinan, Teras 3 - Pembangunan Tanah dan Wilayah, Teras 4 - Pembangunan Ekonomi Desa, Teras 5 - Pembangunan Manusia dan Institusi Sosial, Teras 6 - Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Teras 7 - Pembangunan Masyarakat Orang Asli
Bagi menghayati dan menjayakan hasrat murni 1Malaysia, KKLW melalui slogan ' 1Malaysia Bermula dari 1Wilayah'. Dengan 10 agensi dibawah KKLW Kemas, Risda, Mara, Felcra, Jheo, Kejora, Keda, Kesedar, Ketengah dan Infra.
Bagi memastikan semua perancangan dilaksanakan, melalui pendekatan program Kampungku, YB Menteri Turun Padang menemui orang-orang kampung dan mendengar sendiri keluhan serta rintihan orang-orang kampung.
Tanpa mengira status, bangsa dan peringkat umur, semuanya di ambil kira dalam menentukan kejayaan kampung dan ini merupakan pendekatan yang dibuat oleh YB Menteri.
Meletakkan diri sama taraf yang bersesuaian dengan sesiapa saja yang bertemu, ini menjadikan menteri yang paling mudah didekati. Bukan program yang besar-besar, sambutan karpet merah dan paluan kompang mengiringi. Yang lebih diutamakan ialah masalah seluruh orang-orang kampung diketahui dan cuba diselesaikan.
Menyedari pelbagai produk yang berkualiti dan dapat dikomersialkan dari kampung, KKLW dengan inisiatif bahagian pengupayaan ekonomi antara terasnya Pembangunan Ekonomi Desa membangunkan usahawan-usahawan dari kampung. Terdapat empat ketegori atau sektor iaitu Makanan, Herba, Perkhidmatan dan Kraf. Dan kini terdapat 500 usahawan yang berjaya dilahirkan oleh KKLW.
Pembangunan Tanah dan Wilayah antara teras utama KKLW, merupakan agenda bagi tujuan memajukan ekonomi dengan menjana pendapatan kepada orang-orang kampung. Padi, Getah dan Sawit merupakan komuditi utama negara. Melalui Felcra, Risda, Keda dan agensi lain KKLW ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
KKLW merupakan satu-satu kementerian yang paling banyak membangunkan kampung-kampung. Dengan pendekatan menteri kini, ianya lebih menampakkan kejayaan dan langkah-langkah yang agresif KKLW dalam membangunkan kampung.

" 1MALAYSIA BERMULA DARI 1WILAYAH "